Saturday 21 March 2015

Ringkasan Pengenalan Forex

Admin ingin berkongsikan tentang pengenalan ringkas mengenai Forex. Maklumat yang diperolehi ini adalah hasil daripada bacaan dalam buku mahupun info daripada Internet. Sumber ini boleh dipercayai dan anda tidak perlu meragui kesahihan info yang dikongsikan. Namun, jikalau kesangsian itu tetap timbul, anda dinasihatkan untuk membuat pembacaan sendiri melalui pencarian maklumat dengan Mr.Google. 

Jikalau maklumat yang terdapat dalam artikel blog ini ada persamaan dengan mana-mana buku yang telah diterbitkan, pihak admin tidak nafikan kebenarannya. Walau bagaimanapun, pihak admin tidak menggunakan 100% perkataan yang terdapat dalam buku (seperti yang didakwa) kerana penghasilan artikel ini adalah dilakukan mengikut kefahaman pihak admin.

Baiklah, mari kita mulakan sesi Pengenalan Forex ini...

Forex adalah singkatan bagi nama FOREIGN EXCHANGE. Dalam erti kata lain, ia bermaksud PERTUKARAN MATAWAG ASING. Dalam Forex, "matawang dijual dan dibeli" oleh Traders ataupun Pedagang-pedagang Forex secara persendirian mahupun melalui badan-badan organisasi yang besar seperti Bank diseluruh dunia.  

Apabila melihat kepada sejarah Forex ini, dahulunya perdagangan Forex ini hanya dibuka kepada golongan jutawan sahaja kerana model bagi Forex itu sahaja memerlukan minimum USD 10 Juta. Secara puratanya, perdagangan dalam Forex ini pada waktu itu hanyalah sekitar USD 500 Juta. 

Tetapi syukur, pada tahun 1996, Forex telah dibuka kepada orang ramai setelah Presiden Amerika pada ketika itu iaitu Bill Clinton telah meluluskan resolusi baru yang mana untuk menyertai perdagangan Forex, ia tidak lagi memerlukan model yang besar. Model Minimum untuk menyertai Forex ini boleh serendah USD25. Tetapi perlulah memilih akaun yang kecil dan teknik yang betul haruslah diketahui agar model serendah ini dapat meningkat dengan banyak.

Kini, perdagangan Forex setiap hari adalah sekitar USD 4 Trillion. Itu satu jumlah yang sangat besar untuk dibayangkan.

Untuk pengetahuan anda, Forex ini sebenarnya sangat berkuasa malah sangat menakutkan. Ini kerana ia mampu menjatuhkan ekonomi sesebuah negara dalam hanya sekelip mata. Contoh yang terbaik ialah Russia, dan Indonesia. Malaysia juga sebenarnya terjejas apabila mengalami kerugian sebanyak USD 30 Billion semasa dibawah pentdbiran Tun Dr.Mahathir pada ketika itu. Ia berlaku dalam sekitar 1997-1998.

Dalam Forex, perdagangan dilakukan dalam 2 (dua) hala. Ini bermaksud, ketika aliran nilai meningkat dan turun, kita mampu mendapatkan keuntungan. Ia sangat berbeza dengan Saham. Inilah kelebihan Forex.

Baiklah, cukup untuk setakat ini mengenai Pengenalan Forex ini. Info ini akan dieditkan daripada masa ke semasa untuk menyempurnakan isi kandungan dalam artikel ini. 
Share:

2 comments :

  1. The representation of this article is actually superb. I think this is a genuinely beneficial and instructive article for everyone. I appreciate this kind of writing. Thankful to you for sharing an article like this.best trading platforms

    ReplyDelete
  2. Nice post for me and It is a very different blog than the usual ones I visit. From this post , I get more knowledge and I read a lot of interesting content here. Thanks for sharing a knowledgeable post. Instant funding forex

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Live Forex Rates

Pages

Currency Exchange Rate