Tuesday 24 March 2015

Sesi Trading Forex (Masa Perdagangan)

Untuk seorang Trader, anda perlu mengetahui masa-masa tertentu untuk memulakan Trading (Perniagaan) anda. Ini kerana ia adalah penting agar anda dapat memaksimumkan peluang untuk mengaut keuntungan dalam masa yang singkat berbanding dengan langsung tidak mengetahuinya yang akan mengakibatkan anda terpaksa menunggu lama untuk satu jumlah keuntungan yang sedikit.

Disini, pihak admin akan kongsikan maklumat tentang Sesi Trading yang sesuai untuk anda termasuk admin untuk melakukan Trading Forex.

Dalam Trading Forex, Traders kebiasaannya akan menunggu waktu-waktu tertentu untuk memulakan perniagaan. Antara waktu-waktunya ialah pada jam 4.00pm dan 9.00pm waktu Malaysia. Mengapa? Ini kerana pada waktu ini, Bank London dan America baru buka untuk memulakan operasi perniagaan mereka.

Mengapa perlu tunggu Bank buka baru mulakan operasi?

Ini kerana Trading akan mula rancak selepas Bank beroperasi yang mana pertukaran matawang akan berlaku dengan rancak.

Untuk memahami dengan lebih jelas, pihak admin akan berikan anda gambaran keadaan supaya anda faham.

Jikalau anda ingin melancong ke UK, apakah yang perlu anda lakukan? Sudah tentu membeli matawang tersebut, bukan? Pembelian matawang tersebut hanya akan diterima selepas Bank beroperasi. Sudah menjadi lumrah matawang Dollar digunakan sebagai matawang antarabangsa. Maka, apa yang berlaku ialah anda akan menukarkan (Menjual/Sell) matawang Dollar (USD) untuk mendapatkan (Membeli/Buy) matawang Great Britian Pound (GBP).

Jadi, sekarang anda faham sudah mengapa penting untuk mengetahui sesi Trading dalam Forex?
Share:

1 comments :

  1. This is one of the best blogs I've come across recently to learn about forex market. I appreciate the author's efforts in writing such informative article. Glad to discover this blog, great blog. Best Proprietary Trading Firms

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Live Forex Rates

Pages

Currency Exchange Rate