Sunday 22 March 2015

Tahukah Anda Bahawa Matawang Mempunyai Ciri-ciri dan Sifat Tertentu?

Pihak admin ketika baru menceburi dunia Forex amat terkejut dengan perkara ini. Tidak pernah menyangka bahawa Matawang juga mempunyai ciri-ciri serta sifat yang unik. Disini, pihak admin akan kongsikan kepada anda.

GBP
  • GBP adalah matawang yang sangat mesra dalam perdagangan. Dalam erti kata lain, Business Friendly. Jikalau terdapat sebarang berita tentang perkembangan ekonomi yang positif, ia akan melonjakkan nilai GBP. Maksudnya, kuasa BUY akan meningkat tinggi dalam Forex.
  • GBP juga adalah berkadar langsung dengan harga tenaga (energy). Kebanyakan negara-negara EU mengimport minyak daripada UK. Jika harga minyak meningkat, negara-negara EU terpaksa membeli lebih banyak matawang GBP dan digunakan untuk membeli minyak tersebut.
  • Peningkatan harga minyak akan menguntungkan dan menambahkan pendapatan UK dalam sektor tenaga. Kekuatan atau kelemahan matawang GBP dapat dilihat dengan jelas pada EURUSD. Pergerakan pada EURGBP mempengaruhi pergerakan GBPUSD.
CHF
  • Matawang CHF merupakan matawang bagi negara Switzerland yang selamat dan stabil dalam Forex. Namun, anda perlu sentiasa berjaga-jaga kerana ia boleh berubah jikalau terdapat berita yang mampu mengugat kestabilannya. 
  • Selain itu, negara Switzerland ialah pemegang dan peyimpan sah emas yang ke-4 terbesar di dunia. Jika harga emas kukuh, matawang CHF juga akan menjadi kukuh.
EUR
  • Matawang ini adalah ANTI-USD. Ini bermaksud, kekukuhan USD adalah tidak bagus untuk EUR. Mengapa? Ini kerana EUR sangat bergantung kepada industri Eksport. 
  • European Union (EU) - 15 negara iaitu Austria, Belgium, Denmark, Finland, France, German, Greece, Ireland, Italy, Luxembourg, The Netherlands, Portugal, Spain, Sweden & UK (UK telah menarik diri daripada Kesatuan Eropah pada 26 Jun 2016 melalui Referendum Brexit).
  • Berita ekonomi yang PALING PENTING ialah daripada Negara German, France dan Italy. Pergerakan EURUSD adalah sangat pening untuk mengukur kekuatan dan kelemahan matawang EURO dan USD.
JPY
  • Bank of Japan (BoJ) berusaha untuk melemahkan Yen kerana jikalau Yen kukuh, ia akan memberikan kesan yang negatif kepada sektor eksport. Ini disebabkan Jepun sangat-sangat bergantung kepada minyak yang diimport. Harga export Jepun akan menjadi tinggi disebabkan harga produk yang semakin tinggi. 
  • Justeru, matawang JPY kini dalam proses untuk mengurangkan inflasi kerana Jepun merupakan Negara yang bergantung penuh kepada Eksport. Jikalau matawang Jepun terlalu kuat, negara luar tidak akan membeli barangannya. Dengan itu, rendahnya matawang Jepun adalah baik untuk pertumbuhan ekonomi disamping itu mampu mengurangkan inflasi kerana pergerakkan matawang akan bertambah aktif.
AUD
  • Matawang Australia ini sangat sensitif terhadap perubahan harga emas. Ini kerana Australia adalah pengeluar emas Kedua terbesar di Dunia.
  • Apabila harga emas naik, matawang AUD juga akan naik.
NZD
  • NZD sangat bergantung kepada ekonomi Australia. Ini bermaksud, sebarang perubahan kepada AUD akan mempengaruhi NZD.
  • Jika harga komoditi (emas) kukuh, CHF juga akan kukuh
CAD
  • Canada pula sangat sensitif terhadap perubahan harga minyak mentah dunia. Ini kerana Canada merupakan pengeksport minyak ke-9 terbesar di Dunia.
Share:

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Live Forex Rates

Pages

Currency Exchange Rate