Saturday 6 August 2016

Jenis-jenis Order

Market Order
  • Market order ialah sejenis order untuk BUY atau SELL pada harga semasa.
Limit Order (Take Profit Order)
  • Limit order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan berapa banyak keuntungan yang anda mahu dengan meletakkan harga tertentu untuk anda close position anda.
  • Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil untung sebanyak 20 pip. Anda boleh set Limit Order atau Take Profit anda pada harga 1.8020. Apabila harga naik mencecah 1.8020, position anda akan ditutup secara automatik.
Stop Order (Stop Loss Order)
  • Stop Loss order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung.
  • Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil untung sebanyak 20 pip. Jika harga naik, anda akan untung. Tetapi jika harga turun lebih rendah daripada 1.8000, anda akan rugi. Dengan menggunakan Stop Loss order, anda boleh tetapkan berapa pip anda sanggup rugi. Jika anda sanggup rugi 20 pip sahaja, anda boleh letakkan Stop Loss order pada harga 1.7980. Apabila harga turun sampai 1.7980, position anda akan ditutup dan anda akan rugi 20 pip sahaja.
  • Jika anda tidak meletakkan stop loss, anda mungkin akan rugi lebih daripada itu.
Buy Stop dan Buy Limit Order
  • Buy Stop order ialah sejenis order untuk anda BUY pada mana-mana harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.
  • Buy Limit order ialah sejenis order untuk anda BUY pada mana-mana harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.
Sell Stop dan Sell Limit Order
  • Sell Limit order ialah sejenis order untuk anda SELL pada mana-mana harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.
  • Sell Stop order ialah sejenis order untuk anda SELL pada mana-mana harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.
Share:

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Live Forex Rates

Pages

Currency Exchange Rate