Saturday 6 August 2016

Matawang Forex

Di dalam pasaran Forex, matawang diniagakan secara berpasangan. Ianya diniagakan secara berpasangan kerana dalam dagangan mestilah ada beli & jual. Contoh pasangan matawang ialah GBP/USD. Jika kita membeli 'BUY' pasangan ini, bermakna kita membeli GBP (Great Britain Pound) dan menjual USD (US Dollar).

Terdapat 7 matawang utama atau major yang sering didagangkan iaitu USD, GBP, EUR, CHF, JPY, CAD & AUD. Matawang minor pula ialah matawang seperti NZD & SGD yang turut didagangkan tetapi tidaklah menjadi favourite (kegemaran) pedagang atau traders kerana matawang ini tidak begitu rancak.

Currency pair pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu major pair dan cross pair.

Major pair ialah semua currency pair yang salah satu pair merupakan USD. Semua currency pair yang berpasangan dengan USD dipanggil major pair. 4 major pair yang paling utama ialah EUR/USD, BP/USD, USD/JPY dan USD/CHF.

Cross pair ialah semua currency pair yang tidak berpasangan dengan USD. Contohnya EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan sebagainya.

Bagi pendapat admin, untuk mendapatkan pulangan keuntungan yang tinggi, anda disyorkan agar fokus kepada pasangan matawang yang kuat/lemah seperti GBP (kuat berbanding) JPY dan sebagainya.

Currency Nicname (Nama Samaran Matawang)

Didalam laporan berita atau news yang dikeluarkan oleh agensi-agensi berita Forex, matawang juga dikenali dengan pelbagai nama samaran atau nickname. Jangan pula anda terkejut bila membaca berita mengenai matawang seperti greenback, cable, kiwi, aussie dan sebagainya. Itu hanyalah sebagai nama samaran atau nickname sahaja. Berikut adalah sebahagian daripada nickname bagi matawang


Share:

2 comments :

  1. Halo, boleh saya minta kontak anda? bila anda berkenan, saya ingin mendiskusikan kerja sama. Terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila emailkan isu diskusi yang ingin anda lakukan melalui email admin borneanforextrader@gmail.com

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Live Forex Rates

Pages

Currency Exchange Rate