Saturday 6 August 2016

Pips, Lot, Margin & Leverage

Pips
Pip merupakan unit ukuran bagi pergerakan harga. Mari ambil satu matawang sebagai contoh iaitu GBP/USD. Jika harga naik daripada 1.9005 ke 1.9006, ia dikatakan telah naik 1 pip. Apabila harga turun daripada 1.9005 ke 1.9004, ia dikatakan telah turun 1 pip.

1 pip = 0.0001 atau 0.01 unit pergerakan bergantung kepada currency pair yang anda pilih.

Dalam ertikata yang lain, Pips ialah nilai (perpuluhan) terkecil didalam sesuatu pasangan matawang (pair currency) itu. Admin berikan satu lagi contoh agar anda dapat memahaminya dengan lebih jelas. Jika harga belian bagi pasangan matawang GBP/USD ialah 1.9770 dan pair ini berubah ke 1.9771, maka perubahannya hanyalah 0.0001. Perubahan 0.0001 ini yang kita katakan 1 pip.

Nilai keuntungan pips adalah berbeza-beza diantara pair dan ianya juga bergantung kepada jenis akaun anda. Sebagai contoh, keuntungan 1 pip bagi pair GBP/USD adalah bersamaan USD1 (mini akaun) atau USD10 (standard akaun).

Lot
Lots adalah jumlah minimum ekuiti (matawang) yang diniagakan dipasaran Forex. Matawang diniagakan dalam bentuk Lot untuk membolehkan keseragaman harga pasaran bagi sesuatu matawang.

Terdapat 2 jenis akaun yang ditawarkan oleh broker iaitu akaun Regular (Standard) dan akaun Mini. Setiap transaksi atau urusniaga jual beli adalah dalam bentuk lot. Nilai 1 lot adalah berbeza untuk akaun regular dan akaun mini.

Jadual dibawah menunjukkan perbezaan antara kedua-dua jenis akaun mengikut standard leverage iaitu 1:100. (leverage akan diterangkan dalam topik yang seterusnya).

Jika anda ingin membuka akaun regular atau akaun mini, anda perlu ada sekurang-kurangnya 3 atau 4 lot. Jika anda ingin membuka akaun regular, dan broker mengenakan syarat minimum 4 lot untuk membuka akaun regular, maka anda perlu ada modal sebanyak 4000 USD kerana nilai 1 lot ialah 1000 USD.

Margin
Setiap kali anda trade atau membuat transaksi jual/beli, anda akan menggunakan sebahagian daripada modal anda. Ini dipanggil margin. Jika anda mempunyai modal sebanyak 5000 USD, anda menggunakan 1000 USD sebagai margin untuk anda trade.

Selebihnya, 4000 USD digunakan sebagai reserve atau back-up margin.

Leverage
Leverage mempunyai konsep yang sama seperti pinjaman. Apabila anda trade 1 lot utk akaun regular, saiz lot itu ialah 100,000 USD dan bermakna anda memerlukan modal sebanyak 100,000 USD untuk melakukan transaksi jual/beli currency pair.

Tetapi dengan adanya leverage, anda tidak perlu ada modal sebanyak itu, leverage adalah seperti pinjaman, di mana kita perlu ada 1% daripada modal keseluruhan.

Leverage yang standard ialah 1:100. Ia bermaksud anda hanya perlu ada 1/100 atau 1% daripada jumlah sebenar. 1% ialah modal anda sendiri, 99% dipinjamkan oleh broker anda.

Contoh pengiraan:

Akaun Regular: 100,000 USD
Leverage: 1:100

Ini bermakna, anda perlu ada 1% daripada 100,000 USD untuk 1 lot.
1% x 100,000 USD = 1000 USD

Oleh itu, nilai 1 lot untuk akaun regular = 1000 USD
Dari jadual di atas, dapat dilihat bahawa apabila leverage semakin tinggi, semakin tinggi pinjaman yang diberikan kepada anda dan semakin kurang modal yang perlu anda sediakan untuk 1 lot.

Untuk semua leverage yang berbeza-beza, nilai 1 pip tetap sama bagi 1 lot. Jika akaun mini, 1 pip untuk 1 lot ialah 1 USD dan 1 pip untuk 1 regular lot ialah 10 USD.

Katakan anda mempunyai modal 1000 USD dan anda ingin membuka akaun mini. 1 mini lot = 100 USD. Dengan modal 1000 USD, anda boleh mendapat 10 lot. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan leverage dengan menggunakan modal 1000 USD.


Leverage yang besar akan memberikan pulangan yang besar kepada anda. Risiko juga semakin besar. Oleh itu, penggunaan leverage yang besar memerlukan money management yang betul
Share:

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Live Forex Rates

Pages

Currency Exchange Rate