Sunday 7 August 2016

Kekuatan dan Kelemahan Matawang

Sila lihat graf EUR/USD di bawah. Graf ini menunjukkan Bullish trend atau uptrend.
Graf menaik menunjukkan Base Currency kukuh berbanding Quote Currency.
Graf EUR/USD yang menaik (up trend) menunjukkan Base Currency iaitu EUR adalah lebih kukuh berbanding Quote Currency iaitu USD. Kita juga boleh mengatakan USD adalah lemah berbanding EUR.

Sila lihat graf EUR/USD di bawah. Graf ini menunjukkan Bearish trend atau downtrend.
Graf menurun menunjukkan Base Currency lemah berbanding Quote Currency.

Graf EUR/USD yang menurun (down trend) menunjukkan Base Currency iaitu EUR adalah lebih lemah berbanding Quote Currency iaitu USD. Kita juga boleh mengatakan USD adalah lebih kukuh berbanding EUR.

Contoh 1: Pair USD
  • GBP/USD menunjukkan GBP lemah dan USD kukuh.
  • EUR/USD menunjukkan EUR lemah, dan USD kukuh.
  • USD/JPY menunjukkan USD kukuh dan JPY lemah.
  • USD/CHF menunjukkan USD kukuh dan CHF lemah.
  • Persamaan bagi semua pair ini ialah USD kukuh.
  • Apabila USD kukuh, anda boleh BUY pair USD/XXX dan SELL pair XXX/USD.
Contoh 2: Pair JPY
  • USD/JPY menunjukkan USD kukuh dan JPY lemah.
  • EUR/JPY menunjukkan EUR kukuh dan JPY lemah.
  • Persamaan bagi semua pair ini ialah JPY lemah.
  • Apabila JPY lemah, anda boleh BUY pair XXX/JPY.
Share:

0 comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews

Live Forex Rates

Pages

Currency Exchange Rate